Search This Blog

Saturday, November 2, 2019

KESELAMATAN DIRI SENDIRI

KESELAMATAN DIRI SENDIRI


PENGENALAN

Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi.




JENIS-JENIS KESELAMATAN

  •  Keselamatan Pengguna - merujuk kepada keselamatan pengguna dalam mendapat     sesuatu barangan atau perkhidmatan. Keselamatan pengguna juga termasuk hak-hak   pengguna.
  • Keselamatan Masyarakat - merujuk kepada keselamatan sesuatu masyarakat atau golongan penduduk yang harus dijamin demi kebaikan bersama dalam sesebuah komuniti.
  • Keselamatan Pekerjaan - merujuk kepada keselamatan para pekerja yang bekerja di dalam sesebuah premis atau syarikat (kecuali tentera dan pelaut) daripada sebarang penyakit pekerjaan atau kemalangan pekerjaan. Persekitaran kerja yang sihat dan selamat membantu pekerja dapat melakukan kerja-kerja dengan betul dan meningkatkan produktiviti.
  • Keselamatan Negara - merujuk kepada keselamatan negara yang dilindungi melalui kerjasama serantau atan melalui pertahanan sendiri untuk memastikan tidak dimonopoli oleh kuasa-kuasa luar dari segi ekonomi, budaya, dan politik.


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIRI
Untuk mengelakan kemalangan ketika berada di tempat kerja, beberapa peraturan hendaklah dipatuhi. Biasanya, di setiap bengkel terdapat peraturan am yang telah di tetapkan
                                               

Antara langkah keselamatan

1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.
2. Pakai apron, kasut, baju yang bersesuaian dengan kerja anda lakukan.              
3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan hujungnya dimasukkan  kedalam apron.
4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.
5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi arahan guru.
6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan
7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti-aktiviti.
8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.
9. Elakkan memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan.
10. Bahan yang mudah terbakar , bahan yang berat dan panjang, serta bahan toksik hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara.

                                                                        
BAJU BENGKEL
                                     
Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai,iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pakaian yang terlalu longgar boleh menyebabkan kemalangan kerana mudah tersangkut pada peralatan dan mesin, terutamanya pada mesin yang sedang bergerak. Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan dan menyebabkan pemakai berasa kurang selesa untuk bekerja.
Baju bengkel amat penting untuk melakukan kerja  bengkel seperti mengimpal  kerana Ia akan mengurangkan risiko untuk mendapat kecederaan pada kulit


  Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja
Pakaian yang paling sesuai ialah ‘overall’ atau pakaian tukang dandang (boiler’s suit). 
Pastikan jenis kain tidak mudah terbakar seperti kain cotton atau linen
Saiz baju bengkel hendaklah bersesuaian dengan saiz badan anda.


PELINDUNG MATA

Pekerja boleh terkena kecederaan yang dapat mencederakan mata dan wajah . OSHA mewajibkan pekerja untuk memastikan mata pekerja terlindungi dari potensi merbahaya ditempat kerja dengan menggunakan alat pelindung mata dengan cara yang betul.
Mempertimbangkan sebagian hal ini dalam memilih jenis alat pelindung mata dan muka yang sesuai samasa keperluan dan jenis pekerjaan.

    • Kemampuan alat itu membuat perlindungan dari bahaya ditempat kerja yang khusus.
    • Kesesuaian serta keselesaan untuk dipakai.
    • Memberikan pandangan yang baik dan keleluasaan bergerak yg tidak dibatasi.
    • Tahan lama serta mudah dibersihkan.

Antara jenis pelindung mata :-



Safety Spectacles dimaksudkan untuk melindungi mata pemakainya dari bahaya seperti fragmen terbang, Safety spectachles dengan perisai sisi digunakan sebagai perlindungan utama untuk melindungi mata dari bahaya.



Safety Goggles memiliki jenis pelindung yang mengelilingi area mata dan memungkinkan melindungi dari asap, uap, cairan dan kabut. Kacamata sesuai dengan wajah yang mengelilingi mata dan membentuk segel pelindung di sekitar mata.
                                                                        

Face Shields merupakan jenis perlindungan wajah penuh. Untuk menghindari terjadinya cipratan kilat api. Ketika dipakai sendiri, wajah perisai tidak melindungi karyawan dari bahaya dampak. Gunakan pelindung wajah dalam kombinasi dengan kacamata keselamatan atau kacamata untuk perlindungan tambahan.

Welding Helmet merupakan jenis APD yang melindungi kepada. Namun rupanya secara fisik, APD ini digunakan untuk melindungi mata dan muka.



KASUT KESELAMATAN

Sepasang kasut keselamatan (juga dikenali sebagai kasut keselamatan) adalah peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk perlindungan kaki di tempat kerja. Ia menghalang daripada mendapat kecederaan kaki akibat permukaan licin, objek jatuh atau rolling, tajam menindik tepi, titik pinch, mesin putar, objek panas, gelung tali di bawah ketegangan, serpihan, elektrik, bahan kimia atau cuaca buruk dan lain-lain Keselamatan Pekerjaan dan Pentadbiran Kesihatan (OSHA) memerlukan majikan untuk memastikan bahawa pekerja menggunakan kasut perlindungan ketika bekerja di tempat-tempat di mana ada bahaya cedera kaki.


Antara ciri kasut keselamtan yang bagus ialah :-
Perlindung Plat keluli (berada di tapak)
Pelindung kaki hadapan dengan topi keluli
Tapak berbunga
diperbuat daripada kulit atau getah

  
Pemilihan kasut keselamatan  adalah sangat penting untuk menjamin keselamatan anda.


SARUNG TANGAN KULIT

Sarung tangan kulit Ini harus digunakan semasa mengimpal, kerana kulit boleh menahan percikan api dan haba yang sederhana. Risiko pemotongan dan melecet juga dapat dikurangkan dengan memakai sarung tangan kulit.
 

KEPENTINGAN
    ·         mengurangkan risiko
    ·         memudahkan kerja mengimpal
    ·         penebat haba
    ·         dapat dielakan daripada bahan-bahan tajam

selain daripada sarung tangan kulit terdapat sarung tangan lain juga  untuk melindungi tangan kita iaitu sarung tangan aluminium ( Aliminium glove )


Sarung tangan aluminium :Sarung tangan ini disyorkan untuk kerja kimpalan, relau dan faundri, kerana ia memberikan perlindungan reflektif dan penebat yang baik.

No comments:

Post a Comment