Search This Blog

Monday, November 25, 2019

ELEKTRIK | Nota Ringkas

Prinsip Asas Elektrik (Basic Electric Principal )


Maksud elektrik adalah sejenis tenaga yang merupakan pergerakan electron dalam pengalir.
}Arus elektrik terbahagi kepada 2 jenis:-

}I.  Arus Terus (DC)
}II.  Arus Ulang Alik (AC)

Sumber Tenaga Elektrik


}Tenaga Solar
}Tenaga Angin
}Air yang mengalir(Empangan Hidroelektrik)
}Motor elektrik
}Enjin Diesel
}Reaktor Atom

Arus Terus

}arus elektrik yang mempunyai nilai dan arah yang tetap serta mengalir secara berterusan.


Arus Ulang Alik

}arus yang sentiasa berubah-ubah pengalirannya


Penjana Ulang alik

}Salah satu kaedah untuk menghasilkan voltan ulang alik ialah dengan menggunakan penjana

}i.  Pengalir bergerak, fluks medan magnet pegun (Pengalir memotong fluks).
}ii.  Fluks medan magnet bergerak, pengalir pegun (Fluks memotong pengalir).

Perbezaan Arus terus dan Arus ulang alik

Arus Terus
Arus Ulang Alik
Arah arus adalah tetap.
        Arah arus sentiasa berubah dari kitar positif ke kitar negatif.
          Jumlah tenaga yang boleh dihantar oleh arus terus terhad.
          Lebih banyak tenaga boleh dihantar oleh arus ulang alik.
        Tidak sesuai digunakan untuk penghantaran jarak jauh kerana akan berlaku susutan tenaga.
  Digunakan untuk penghantaran jarak jauh.
                  Voltan tidak boleh diubah oleh pengubah
     Voltan boleh ditinggikan atau diturunkan oleh pengubah.









 

Istilah dalam arus ulang alik

Istilah
Keterangan
      Kitar
        Satu pusingan lengkap gelombang dikenali sebagai satu kitar.
Tempoh(T)
       Masa yang diambil oleh gelombang untuk melengkapkan satu kitar.
Frekuensi (f)
      Nombor pusingan lengkap yang dipenuhi dalam satu saat. Satu pusingan per saat dikenali sebagai satu Hertz. f = 1/T Hertz
Nilai puncak
   Nilai puncak atau amplitiud bagi gelombang adalah nilai maksimum bagi voltan atau arus.
       Voltan puncak ke puncak
(VPP)
       Voltan puncak ke puncak (VPP) adalah nilai voltan dari voltan puncak kitar positif sehingga voltan puncak kitar negatif.
Nilai ketika
    Nilai yang berada dimana-mana sahaja antara nilai puncak positif dengan negatif akan berbeza bergantung kepada masa yang ditentukan.
Faktor puncak 
   Faktor puncak ialah nisbah bagi nilai puncak kepada nilai PPGD.
Faktor puncak = Nilai puncak/Nilai PPGD
Faktor bentuk
     Faktor bentuk ialah nisbah bagi nilai PPGD kepada nilai purata.
Faktor bentuk = Nilai PPGD/Nilai purata

Perintang (Resistance)

}Perintang ialah komponen yang mempunyai nilai rintangan tertentu. Unit bagi
  rintangan ialah Ohm, Ω.

Tujuan perintang

}Penghad arusSemakin tinggi nilai rintangan semakin kecil nilai arus dalam
  litar.

}Pembahagi VoltanMenyediakan susutan tertentu voltan pada litar bergantung
  kepada keperluan.


     Perintang Karbon

  Perintang belitan dawai
     Perintang Filem nipis
Murah
Mahal
Mahal

Berketepatan rendah
Berketepatan tinggi
Berketepatan tinggi

      Berkadaran kuasa rendah
       Berkadaran kuasa tinggi  
      Berkadaran kuasa rendah



Pengubah(transformer)
}Merupakan sebuah mesin elektrik static (tidak bergerak) yang dapat
 menghasilkan kuasa elektrik dengan frekuensi yang sama dari satu litar ke litar
 yang lain.




Jenis-jenis pengubah

}(1)Jenis Teras – Lilitan gegelung primer dan sekunder berada pada kaki yang berlainan antara satu sama lain.

}(2)Jenis Kelongsong – Mempunyai gegelung dalam bentuk lilitan tetapi binaannya terdiri daripada berbilang lapisan berbentuk cakera. 












No comments:

Post a Comment