Search This Blog

Wednesday, November 27, 2019

JENIS-JENIS SAMAN TRAFIK


Terdapat 2 jenis saman yang dikeluarkan oleh Cawangan Trafik PDRM


    1. Notis Saman POL. 170A

        - Saman yang di-isu samada secara postal atau diletak pada kenderaan (tidak di-isu secara langsung 
          kepada pesalah)
                  
         Apa Itu POL.170A?
         - Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa 
           kehadiran  pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh 
           polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser 
           Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.

           
            1.1 Kesalahan-kesalahan yang boleh digunakan POL. 170A seperti berikut:-
                1.1.1    Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas -Sek. 79 (2) APJ 1987
                1.1.2    Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalanraya - Sek.16(1) LN 166/59
                1.1.3    Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan yang tidak selari dengan jalan - 
                           Sek. 16(2) LN 166/59
                

                1.1.4    Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan rapat ke kiri/bahu jalan - 
                           Sek. 16(2) LN 166/59
                1.1.5    Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan bertentangan dengan 

                           aliran trafik di jalan sehala. - Sek. 16(3) LN 166/59
                1.1.6    Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada 

                           simpang atau selekoh jalan. - Sek.12 (2) LN 166/59
                1.1.7    Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 10 kaki 

                           daripada pili bomba.- Sek. 12(2) LN 166/59
                1.1.8    Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada 

                           pili bomba.- Sek. 12(3) LN 166/59
                1.1.9    Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai dua garisan, 

                           satu garisan bersambung  dan satu garisan putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
                1.1.10  Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai garisan bersambung/dua garisan,

                           satu bersambung dan satu putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
                1.1.11  Nombor pendaftaran kenderaan tidak dipamerkan mengikut 

                           undang-undang/tidak mudah  dicam/tidak disuarkan mengikut 
                           peruntukkan undang-undang. - Sek. 14(4) APJ 1987                
                1.1.12  Tidak mempamerkan Lesen Kenderaan Motor/Cukai Jalan. 
                          Sek. 20(1) APJ 1987
                1.1.13  Salinan pendua POl.170A yang telah ditulis itu dideraikan 

                           dari Pol.170A dan diletakkan pada wiper kenderaan atau ditempat 
                           duduk bagi motosikal.
                                  

    2. Saman POL. 257

        - Saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan.

        Apakah Itu Saman POL. 257
        2.1    POL. 257 boleh digunakan dalam keadaan berikut:-
                2.1.1    Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan/pengguna 

                           jalanraya yang ada bersama-sama pada masa kesalahan itu dilakukan
                2.1.2    Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan selepas selesai 

                           satu-satu siasatan ke atasnya dijalankan.
                2.1.3    Diserahkan kepada mana-mana pemandu atau tuanpunya 

                           kenderaan selepas tindakan susulan atau siasatan dijalankan ekoran 
                           dari pengeluaran Notis POL.170A/170/171


SUMBER : Laman Interaktif Trafik PDRM

Monday, November 25, 2019

ELEKTRIK | Nota Ringkas

Prinsip Asas Elektrik (Basic Electric Principal )


Maksud elektrik adalah sejenis tenaga yang merupakan pergerakan electron dalam pengalir.
}Arus elektrik terbahagi kepada 2 jenis:-

}I.  Arus Terus (DC)
}II.  Arus Ulang Alik (AC)

Sumber Tenaga Elektrik


}Tenaga Solar
}Tenaga Angin
}Air yang mengalir(Empangan Hidroelektrik)
}Motor elektrik
}Enjin Diesel
}Reaktor Atom

Arus Terus

}arus elektrik yang mempunyai nilai dan arah yang tetap serta mengalir secara berterusan.


Arus Ulang Alik

}arus yang sentiasa berubah-ubah pengalirannya


Penjana Ulang alik

}Salah satu kaedah untuk menghasilkan voltan ulang alik ialah dengan menggunakan penjana

}i.  Pengalir bergerak, fluks medan magnet pegun (Pengalir memotong fluks).
}ii.  Fluks medan magnet bergerak, pengalir pegun (Fluks memotong pengalir).

Perbezaan Arus terus dan Arus ulang alik

Arus Terus
Arus Ulang Alik
Arah arus adalah tetap.
        Arah arus sentiasa berubah dari kitar positif ke kitar negatif.
          Jumlah tenaga yang boleh dihantar oleh arus terus terhad.
          Lebih banyak tenaga boleh dihantar oleh arus ulang alik.
        Tidak sesuai digunakan untuk penghantaran jarak jauh kerana akan berlaku susutan tenaga.
  Digunakan untuk penghantaran jarak jauh.
                  Voltan tidak boleh diubah oleh pengubah
     Voltan boleh ditinggikan atau diturunkan oleh pengubah.









 

Istilah dalam arus ulang alik

Istilah
Keterangan
      Kitar
        Satu pusingan lengkap gelombang dikenali sebagai satu kitar.
Tempoh(T)
       Masa yang diambil oleh gelombang untuk melengkapkan satu kitar.
Frekuensi (f)
      Nombor pusingan lengkap yang dipenuhi dalam satu saat. Satu pusingan per saat dikenali sebagai satu Hertz. f = 1/T Hertz
Nilai puncak
   Nilai puncak atau amplitiud bagi gelombang adalah nilai maksimum bagi voltan atau arus.
       Voltan puncak ke puncak
(VPP)
       Voltan puncak ke puncak (VPP) adalah nilai voltan dari voltan puncak kitar positif sehingga voltan puncak kitar negatif.
Nilai ketika
    Nilai yang berada dimana-mana sahaja antara nilai puncak positif dengan negatif akan berbeza bergantung kepada masa yang ditentukan.
Faktor puncak 
   Faktor puncak ialah nisbah bagi nilai puncak kepada nilai PPGD.
Faktor puncak = Nilai puncak/Nilai PPGD
Faktor bentuk
     Faktor bentuk ialah nisbah bagi nilai PPGD kepada nilai purata.
Faktor bentuk = Nilai PPGD/Nilai purata

Perintang (Resistance)

}Perintang ialah komponen yang mempunyai nilai rintangan tertentu. Unit bagi
  rintangan ialah Ohm, Ω.

Tujuan perintang

}Penghad arusSemakin tinggi nilai rintangan semakin kecil nilai arus dalam
  litar.

}Pembahagi VoltanMenyediakan susutan tertentu voltan pada litar bergantung
  kepada keperluan.


     Perintang Karbon

  Perintang belitan dawai
     Perintang Filem nipis
Murah
Mahal
Mahal

Berketepatan rendah
Berketepatan tinggi
Berketepatan tinggi

      Berkadaran kuasa rendah
       Berkadaran kuasa tinggi  
      Berkadaran kuasa rendah



Pengubah(transformer)
}Merupakan sebuah mesin elektrik static (tidak bergerak) yang dapat
 menghasilkan kuasa elektrik dengan frekuensi yang sama dari satu litar ke litar
 yang lain.




Jenis-jenis pengubah

}(1)Jenis Teras – Lilitan gegelung primer dan sekunder berada pada kaki yang berlainan antara satu sama lain.

}(2)Jenis Kelongsong – Mempunyai gegelung dalam bentuk lilitan tetapi binaannya terdiri daripada berbilang lapisan berbentuk cakera.