PENGENALAN
SMAW ialah singkatan bagi Shielded metal arc welding atau dikenali juga sebagai stick welding. Proses kimpalan SMAW adalah salah satu proses kimpalan yang paling terkenal di dunia industri. Proses kimpalan ini sangat efektif dan ekonomik menyebabkan proses kimpalan SMAW adalah pilihan utama bagi industri ringan atau berat.
PRINSIP ASAS SMAW
Kimpalan arka SMAW
bermula apabila arus elektrik dialirkan dari mesin kimpal melalui sentuhan
elektrod yang berada pada satu pol ( terminal) yang lain. Rintangan yang
terujud semasa pengaliran elektrod ( elektrik)
melalui jarak elektod akan menghasilkan arka yang tinggi ( 5000 º c ).
Haba panas akan terus melebur hujung elektrod dan logam asas lalu bersatu
sebagai batas kimpalan.Semakin tinggi rintangan ,semakin besar haba yang
terjadi.
Salutan elektrod akan
terbakar dan mengeluarkan gas-gas dimana ia melindungi kimpalan dari udara
luar.Ia juga menutupi permukaan batas sehingga sejuk dimana dikenali sebagai sangga ( slag).
Dalam proses kimpalan
SMAW peralatan yang perlu ada seperti berikut;
1- Alatubah
( Transfomer )
2- Alaterus
( Rectifier )
3- Janakuasa
( Generator)
Mesin Kimpalan Alat Ubah (
Transfomer )
Ia
juga dikenali sebagai mesin kimpal arus ulang- alik . Ia berfungsi untuk
mengubah nilai voltan iaitu menurunkannya dari voltan tinggi ( 120,220
amp. hingga 440 amp) ke voltan rendah dan ampiar yang tinggi.Voltan
tersebut ialah antara 40 - 100 V manakala ampiar 25
amp. hingga 300 amp. bagi kerja mengimpal.
Kebaikan Alat Ubah
( Transfomer )
1-
Memberi hasil yang baik sekiranya mengimpal keluli dengan yang bersalut.
2- Harganya murah
jika berbanding dengan mesin kimpalan yang lain.
3- Kos pembaikan murah
kerana komponennya kecil dan sedikit.
4- Kurang berlakunya
keliaran arka.
5- Operasi nya tidak
bising
6- Amat baik digunakan
jika berkerja ditempat yang sempit saperti dandang atau tangki kerana bahaya
kejutan letrik amat kurang.
7- Mudah dibawa atau
diubah -ubah kerana saiznya kecil .
Keburukan mesin
kimpalan Alat Ubah
1- Tidak boleh
menggunakan letrod tanpa salutan.
2- Mudah berlakunya
kejutan letrik terutama bila bekerja ditempat yang lembap.
3- Tidak
boleh mengimpal pelbagai jenis logam saperti besi tuangan , tembaga,
aluminium .
Mesin Kimpal Arus Terus ( Rectifier
)
Mesin ini digunakan untuk mengubah arus letrik dari arus ulang-alik
kepada arus terus. Alat ini mengandungi alat ubah dan arus silicon atau
selenium untuk menukar arus ulang alik kepada arus terus atau bergerak kesatu
arah .
Mesin kimpal jenis ini
dapat digunakan bersama pelbagai jenis letrod kerana ia boleh menghasilkan dua
jenis kekutupan iaitu :
a)kekutubanTerus
b)Kekutuban
Berbalik
Mengikut prinsip asas
bagi mesin alaterus ini alatubah akan menurun voltan masuk yang tinggi kepada
voltan kerja yang rendah, manakala alaterus pula mengubah arus ulang-alik
kepada arus terus
PERALATAN DAN AKSESORI SMAW
1. Kabel kimpalan (welding cabel)
2. Pemegang elektrod (electrod
holder)
3. Kabel kerja (work cabel)
4. Penghadang muka (welding
shield)
5. Sarung tangan kimpalan (welding
glove)
6. Tukul penyerpih (chipping
hammer)
7. Mesin pencanai (grinding
machine)
CONTOH KUMAI DARIPADA PROSES SMAW
CARA MENGUBAH ARUS KIMPAL YANG SESUAI
arus kimpal memainkan peranan untuk mendapatkan hasil kimpalan yang baik. setiap mesin mempunyai arus yang berbeza jadi pengimpal harus mencuba kimpal dahulu di test plate jika tidak pasti dengan arus kimpal.
RUJUKAN
·
mohdamiridwan.blogspot.com/2010/11/pengenalan-kepada-smaw.html
·
httparcwelding.blogspot.com/2016/04/tajuk-title-kepada-peralatanmengimpal.html
·
mohdsobrihussin.blogspot.com/p/nota-kimpalan-arka-gas.html
·
dayatklate.blogspot.com/p/smaw.html
·
http://amirulrofiq.blogspot.com/2016/07/kimpalan-arka-jenis-shielded-metal-arc.html