Search This Blog

Friday, December 27, 2019

Shielded Metal Arc Welding (SMAW)

PENGENALAN

SMAW ialah singkatan bagi Shielded metal arc welding atau dikenali juga sebagai  stick welding.  Proses kimpalan SMAW adalah salah satu proses kimpalan yang paling terkenal di dunia industri. Proses kimpalan ini sangat efektif dan ekonomik menyebabkan proses kimpalan SMAW adalah pilihan utama bagi industri ringan atau berat.


PRINSIP ASAS SMAW


Kimpalan arka SMAW bermula apabila arus elektrik dialirkan dari mesin kimpal melalui sentuhan elektrod yang berada pada satu pol ( terminal) yang lain. Rintangan yang terujud semasa pengaliran elektrod ( elektrik)  melalui jarak elektod akan menghasilkan arka yang tinggi ( 5000 º c ). Haba panas akan terus melebur hujung elektrod dan logam asas lalu bersatu sebagai batas kimpalan.Semakin tinggi rintangan ,semakin besar haba yang terjadi.




Salutan elektrod akan terbakar dan mengeluarkan gas-gas dimana ia melindungi kimpalan dari udara luar.Ia juga menutupi permukaan batas sehingga sejuk dimana dikenali sebagai sangga ( slag).




Dalam proses kimpalan SMAW peralatan yang perlu ada seperti berikut;

1-       Alatubah ( Transfomer )
2-       Alaterus ( Rectifier )
3-       Janakuasa ( Generator)



Mesin Kimpalan Alat Ubah ( Transfomer )


Ia juga dikenali sebagai mesin kimpal arus ulang- alik . Ia berfungsi untuk mengubah nilai voltan iaitu menurunkannya dari voltan tinggi ( 120,220 amp. hingga 440 amp) ke voltan rendah dan ampiar yang tinggi.Voltan tersebut ialah antara 40 - 100 V manakala ampiar 25 amp.  hingga  300 amp. bagi kerja mengimpal.




Kebaikan Alat Ubah (  Transfomer )

 1- Memberi hasil yang baik sekiranya mengimpal keluli dengan yang bersalut.
 2- Harganya murah jika berbanding dengan mesin kimpalan yang lain.
3- Kos pembaikan murah kerana komponennya kecil dan sedikit.
4- Kurang berlakunya keliaran arka.
5- Operasi nya tidak bising
6- Amat baik digunakan jika berkerja ditempat yang sempit saperti dandang atau tangki kerana bahaya kejutan letrik amat kurang.
7- Mudah dibawa atau diubah -ubah kerana saiznya kecil .


Keburukan mesin kimpalan Alat Ubah
1- Tidak boleh menggunakan letrod tanpa salutan.
2- Mudah berlakunya kejutan letrik terutama bila bekerja ditempat yang lembap.
3- Tidak boleh  mengimpal pelbagai jenis logam saperti besi tuangan , tembaga, aluminium .


Mesin Kimpal Arus Terus ( Rectifier )


Mesin ini digunakan untuk mengubah arus letrik dari arus  ulang-alik kepada arus terus. Alat ini mengandungi alat ubah dan arus silicon atau selenium untuk menukar arus ulang alik kepada arus terus atau bergerak kesatu arah .
Mesin kimpal jenis ini dapat digunakan bersama pelbagai jenis letrod kerana ia boleh menghasilkan dua jenis kekutupan iaitu :

     a)kekutubanTerus                                           
    b)Kekutuban Berbalik

Mengikut prinsip asas bagi mesin alaterus ini alatubah akan menurun voltan masuk yang tinggi kepada voltan kerja yang rendah, manakala alaterus pula mengubah arus ulang-alik kepada arus terus

PERALATAN DAN AKSESORI SMAW

1. Kabel kimpalan (welding cabel)
                   2. Pemegang elektrod (electrod holder)
                   3. Kabel kerja (work cabel)
                   4. Penghadang muka (welding shield)
                   5. Sarung tangan kimpalan (welding glove)
                   6. Tukul penyerpih (chipping hammer)
                   7. Mesin pencanai (grinding machine)



CONTOH KUMAI DARIPADA PROSES SMAW



CARA MENGUBAH ARUS KIMPAL YANG SESUAI

arus kimpal memainkan peranan untuk mendapatkan hasil kimpalan yang baik. setiap mesin mempunyai arus yang berbeza jadi pengimpal harus mencuba kimpal dahulu di test plate jika tidak pasti dengan arus kimpal.




RUJUKAN
·        mohdamiridwan.blogspot.com/2010/11/pengenalan-kepada-smaw.html
·        httparcwelding.blogspot.com/2016/04/tajuk-title-kepada-peralatanmengimpal.html
·        mohdsobrihussin.blogspot.com/p/nota-kimpalan-arka-gas.html
·        dayatklate.blogspot.com/p/smaw.html
·        http://amirulrofiq.blogspot.com/2016/07/kimpalan-arka-jenis-shielded-metal-arc.html











No comments:

Post a Comment