Search This Blog

Sunday, February 23, 2020

Cara Mengimpal Besi Nipis atau besi Hollow

Pengenalan 

Besi nipis agak sukar untuk dikimpal bagi orang baru yang tidak mempunyai kemahiran dalam fabrikasi logam. kegunaan besi hollow amat luas dalam industri ringan seperti bengkel besi. Masa yang diambil untuk belajar megimpal besi nipis tidak begitu lama (3 hari - 1 minggu). Jenis Mesin Kimpal yang sesuai adalah Mesin MIG atau GMAW. Jika anda mengunakan jenis stick welding (kimpal Rod atau SMAW)
ia mengambil masa yang lebih lama untuk belajar malah lebih susah jika mengunakan Rod yang tidak berkualiti.


Cara Mengimpal

Tolong belajar mengimpal besi nipis mengunakan mesin MIG bagi orang baru.

1. Jangan lupa untuk buka injap silider gas dan alatur .

2. laraskan arus kimpal ke sederhana atau tengah 

3. laraskan kelajuan (speed wire) sama juga ke  sederhana atau tengah.

4. Gunakan besi buruk (scrap) untuk cuba. letakan nozel MIG pada bahan untuk kimpal .                  sengetkan sedikit 

5. tekan tombol dalam masa 1-2 saat dan lihat hasil kimpal . (jangan terlalu jauh nozel dengan        bahan,rapatkan sahaja dan sengetkan)

6. laraskan arus semula jika hasil kimpal tidak bagus 
  - jika belubang kurangkan arus 
  - jika hasil kimpal cembung naikan arus.

7. setelah hasil kimpal bagus. cuba pada besi hollow atau nipis. sama juga tekan tombol 1-2        saat dan lihat  hasil . 

8. untuk kimpal seterusnya . pastikan wire filler atau dawai penambah  berada di hujung hasil        kimpal (kumai)      dan sengetkan sedikit nozel dan tekan 1-2 saat.

                                                  
9. ulangi langkah tersebut hingga habis bahagian yang hendak dikimpal.












No comments:

Post a Comment