Pengenalan
Besi nipis agak sukar untuk dikimpal bagi orang baru yang tidak mempunyai kemahiran dalam fabrikasi logam. kegunaan besi hollow amat luas dalam industri ringan seperti bengkel besi. Masa yang diambil untuk belajar megimpal besi nipis tidak begitu lama (3 hari - 1 minggu). Jenis Mesin Kimpal yang sesuai adalah Mesin MIG atau GMAW. Jika anda mengunakan jenis stick welding (kimpal Rod atau SMAW)
ia mengambil masa yang lebih lama untuk belajar malah lebih susah jika mengunakan Rod yang tidak berkualiti.
Cara Mengimpal
Tolong belajar mengimpal besi nipis mengunakan mesin MIG bagi orang baru.
1. Jangan lupa untuk buka injap silider gas dan alatur .
2. laraskan arus kimpal ke sederhana atau tengah
3. laraskan kelajuan (speed wire) sama juga ke sederhana atau tengah.
4. Gunakan besi buruk (scrap) untuk cuba. letakan nozel MIG pada bahan untuk kimpal . sengetkan sedikit
5. tekan tombol dalam masa 1-2 saat dan lihat hasil kimpal . (jangan terlalu jauh nozel dengan bahan,rapatkan sahaja dan sengetkan)
6. laraskan arus semula jika hasil kimpal tidak bagus
- jika belubang kurangkan arus
- jika hasil kimpal cembung naikan arus.
7. setelah hasil kimpal bagus. cuba pada besi hollow atau nipis. sama juga tekan tombol 1-2 saat dan lihat hasil .
8. untuk kimpal seterusnya . pastikan wire filler atau dawai penambah berada di hujung hasil kimpal (kumai) dan sengetkan sedikit nozel dan tekan 1-2 saat.
9. ulangi langkah tersebut hingga habis bahagian yang hendak dikimpal.